Dibenarkan
Perbelanjaan yang dilakukan di dalam menghasilkan pendapatan
Contoh:
- Bayaran Upah/Gaji
- Bayaran KWSP
- Sewa premis perniagaan
- Faedah pinjaman perniagaan
- Perbelanjaan pembaikan ke atas premis dan kenderaan yang digunakan untuk perniagaan
Tidak Dibenarkan
Perbelanjaan bagi tujuan persendirian
Contoh:
- Manfaat kediaman
- Bayaran bil telefon
Perbelanjaan pembelian aset peribadi
Contoh:
- Pembelian kereta peribadi
- Pembelian Perabot
Perbelanjaan permulaan
Contoh:
- Belanja penubuhan perniagaan
- Perbelanjaan pengiklanan
Perbelanjaan Khusus Yang DIbenarkan
Di antara perbelanjaan khusus yang dibenarkan sebagai tolakan ialah:
- Perbelanjaan majikan atas peralatan untuk membantu pekerja kurang upaya (OKU)
- Perbelanjaan bagi penerbitan dalam Bahasa Kebangsaan
- Sumbangan kepada perpustakaan
- Perbelanjaan mengadakan perkhidmatan, kemudahan awam dan sumbangan kepada Badan Amal atau Projek Awam
- Perbelanjaan majikan bagi penyediaan dan penyelengaraan Pusat Asuhan Kanak-Kanak untuk manfaat pekerja
- Perbelanjaan majikan bagi penyediaan kumpulan muzik atau kebudayaan
- Perbelanjaan menaja aktiviti kesenian dan kebudayaan